Wednesday, August 10, 2016

Ceramah Perdana PU Sufian


CERAMAH PERDANA
KHAMIS
18 FEBRUARI 2016 bersamaan
09 JAMADIL AWAL 1437H


PU Sufian
 
 















Wednesday, June 24, 2015

PENGISIAN CERAMAH PERDANA @SURAU AL-BAITI BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

ALHAMDULILLAH..syukur kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan pada program ceramah perdana anjuran Surau Al-Baiti Bahagian Pinjaman Perumahan yang telah diadakan pada 5 Ramadhan 1436H iaitu pada 22 Jun 2015 yang lalu jam 11.00 pagi.

Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Pahrol bin Mohamad Juoi. Sedikit biodata beliau untuk kita kongsi bersama.

1. Beliau  memegang jawatan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Majalah Telaga Biru Sdn. Bhd.

2. Berasal dari Ipoh, Perak.

3. Beliau juga seorang yang serba boleh dengan banyak terlibat dalam menulis lirik lagu-lagu kumpulan nasyid tanah air.

untuk maklumat lanjut mengenai keperibadian beliau, sahabat boleh melayarinya di laman web yang banyak menceritakan mengenai beliau.

Alhamdulillah, pada program ceramah tersebut, sambutan begitu menggalakkan dengan kehadiran yang ramai dari kalangan pegawai dan kakitangan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).

Dalam ceramah tersebut, Ustaz Pahrol berkongsi maklumat mengenai pentingnya kita BERTAQWA kepada Allah s.w.t. Sebagai hamba kepada Allah, manusia tidak boleh lari dari kewajiban mengabdikan diri kepada Allah, khususnya kepada umat Islam. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Adh-Dhariyat ayat 56 iaitu yang bermaksud "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaKu"

Selain itu juga, beliau juga menjelaskan mengenai 3 kategori puasa yang sering kita dengar iaitu:

1. Puasa umum

2. Puasa khusus

3. Puasa khusus al-khusus

Sekian.

#Jangan lupa temujanji kita pada ceramah yang akan datang pada 12 Ramadhan 1436H (29 Jun 2015) yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita dari Aman Palestin iaitu Ustaz Ahmad Mazouz bin Mohammad. Mudah-mudahan Allah memilih kita untuk menghadiri program taman-taman syurga ini. 


Antara gambar-gambar yang dapat dikongsikan semasa ceramah tersebut.





























Thursday, June 18, 2015

Alhamdulillah, Ramadhan kembali lagi.
Seperti Ramadhan yang lepas, Surau Al-Baiti akan menganjurkan Ceramah-Ceramah Agama saban minggu di sepanjang Ramadhan.

Istimewa kali ini, salah seorang penceramah kita di bawa khas oleh AMAN PALESTIN. Ustaz Ahmad Mazouz bin Mohammad. Beliau memang berasal dari Palestin..

Marilah sama-sama menjayakan program ceramah agama di sepanjang Ramadhan ini. Sesunggunya Majlis Ilmu itu adalah Taman Syurga..


Wednesday, May 27, 2015

Ceramah Perdana 1 Jun 2015 Oleh Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim


SYEIKH Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim, hanya berusia 34 tahun. Graduan Universiti al-Azhar, Mesir ini merupakan anggota termuda Majlis Fatwa Mesir, Muhafazat (Wilayah) Al-Gharbiyah, cawangan Tanta. Beliau pernah berkunjung ke Malaysia dan menjadi imam tarawih di masjid-masjid sekitar jajahan Jeli, Kelantan. Beliau pernah bertugas sebagai Fellow Kehormat di UiTM Machang sejak 2004. Menariknya, beliau sangat fasih berbahasa Melayu Kelantan. Kecek Kelate.
Mari kita dengar Ceramah beliau pada hari Isnin akan datang.

Nak dengar suara beliau? Klik SINI

Ceramah beliau di Surau Putra Al-Amin Presint 8 Fasa 4C pada bulan februari 2015  Klik SINI

Saturday, May 2, 2015

Di Pondok Kecil - Nada Murni (Ustaz Asri)

Nasyid yang sangat popular di era 80-90an. Di Pondok Kecil.

Ceramah Perdana 23 April 2015



Ceramah Perdana pada 23 April 2015 telah disampaikan oleh Dr Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri, iaitu Timbalan Dekan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), bertajuk Buat Pahala Free Gaya Rasulullah.

Ceramah Perdana 30 Mac 2015


Ceramah Perdana 30 Mac 2015, bertajuk 'HUDUD', Sejauh mana kesedaran kita. Disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)