Wednesday, June 24, 2015

PENGISIAN CERAMAH PERDANA @SURAU AL-BAITI BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

ALHAMDULILLAH..syukur kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan pada program ceramah perdana anjuran Surau Al-Baiti Bahagian Pinjaman Perumahan yang telah diadakan pada 5 Ramadhan 1436H iaitu pada 22 Jun 2015 yang lalu jam 11.00 pagi.

Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Pahrol bin Mohamad Juoi. Sedikit biodata beliau untuk kita kongsi bersama.

1. Beliau  memegang jawatan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Majalah Telaga Biru Sdn. Bhd.

2. Berasal dari Ipoh, Perak.

3. Beliau juga seorang yang serba boleh dengan banyak terlibat dalam menulis lirik lagu-lagu kumpulan nasyid tanah air.

untuk maklumat lanjut mengenai keperibadian beliau, sahabat boleh melayarinya di laman web yang banyak menceritakan mengenai beliau.

Alhamdulillah, pada program ceramah tersebut, sambutan begitu menggalakkan dengan kehadiran yang ramai dari kalangan pegawai dan kakitangan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).

Dalam ceramah tersebut, Ustaz Pahrol berkongsi maklumat mengenai pentingnya kita BERTAQWA kepada Allah s.w.t. Sebagai hamba kepada Allah, manusia tidak boleh lari dari kewajiban mengabdikan diri kepada Allah, khususnya kepada umat Islam. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Adh-Dhariyat ayat 56 iaitu yang bermaksud "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaKu"

Selain itu juga, beliau juga menjelaskan mengenai 3 kategori puasa yang sering kita dengar iaitu:

1. Puasa umum

2. Puasa khusus

3. Puasa khusus al-khusus

Sekian.

#Jangan lupa temujanji kita pada ceramah yang akan datang pada 12 Ramadhan 1436H (29 Jun 2015) yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita dari Aman Palestin iaitu Ustaz Ahmad Mazouz bin Mohammad. Mudah-mudahan Allah memilih kita untuk menghadiri program taman-taman syurga ini. 


Antara gambar-gambar yang dapat dikongsikan semasa ceramah tersebut.





























No comments:

Post a Comment